Friday, 29 March 2013

Kembara Fasilitator Ke Langkawi 2013

Kembara Fasilitator ke Langkawi telah berlangsung dengan jayanya. Kembara ini telah melibatkan seramai 25 MPP dan 9 Kakitangan. Selama 2 hari 1 malam telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan kembara kali ini. Objektif kembara ini dilaksanakan ialah bagi menghargai jasa/sumbangan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan MHS 2012/2013. Turut diadakan Majlis Penghargaan MPP bagi sesi 2012 di Kampung Tok Senik Resort, Langkawi yang dikendalikan oleh MPP pada malam tersebut. Sekalung Tahniah kepada MPP KKTM Rembau. Terima Kasih juga kepada Encik Che Ab Karim Bin Awang (Timb. Pengarah KP & HEP) kerana sudi bersama-sama MPP di Langkawi bagi merasmikan Majlis Penghargaan MPP 2012. Peserta Kembara kali ini telah melalui jadual padat sepanjang lawatan tetapi semua gembira sepanjang Program Kembara Fasilitator ke Langkawi. Antara tempat yang dilawati seperti Atma Alam Batik Art Village, Underwater World, Cable Car, Galeria Perdana, Padang Mat Sirat, Galeria Perdana, Dataran Lang dan Pekan Kuah. Tahniah dan terima kasih kepada semua MPP, Guru Pengiring, Kakitangan, Pak Lah (Pemandu Pelancong) dan semua yang terlibat bagi menjayakan Kembara ini.
 



 

No comments:

Post a Comment