Kembara Fasilitator ke Langkawi telah berlangsung dengan jayanya. Kembara ini telah melibatkan seramai 25 MPP dan 9 Kakitangan. Selama 2 hari 1 malam telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan kembara kali ini. Objektif kembara ini dilaksanakan ialah bagi menghargai jasa/sumbangan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan MHS 2012/2013. Turut diadakan Majlis Penghargaan MPP bagi sesi 2012 di Kampung Tok Senik Resort, Langkawi yang dikendalikan oleh MPP pada malam tersebut. Sekalung Tahniah kepada MPP KKTM Rembau. Terima Kasih juga kepada Encik Che Ab Karim Bin Awang (Timb. Pengarah KP & HEP) kerana sudi bersama-sama MPP di Langkawi bagi merasmikan Majlis Penghargaan MPP 2012. Peserta Kembara kali ini telah melalui jadual padat sepanjang lawatan tetapi semua gembira sepanjang Program Kembara Fasilitator ke Langkawi. Antara tempat yang dilawati seperti Atma Alam Batik Art Village, Underwater World, Cable Car, Galeria Perdana, Padang Mat Sirat, Galeria Perdana, Dataran Lang dan Pekan Kuah. Tahniah dan terima kasih kepada semua MPP, Guru Pengiring, Kakitangan, Pak Lah (Pemandu Pelancong) dan semua yang terlibat bagi menjayakan Kembara ini.
Unit Kaunseling & Kerjaya KKTM Rembau
PROAKTIF.KREATIF.INOVATIF
Friday, 29 March 2013
Monday, 16 April 2012
Program Kepimpinan MPP KKTM/IKM Se-Malaysia 2012
5 wakil MPP KKTM Rembau akan menyertai program ini di PUSKEP, Perak pada 19 hingga 22 April 2012. Diharap dengan penyertaan ini pengalaman dan ilmu semasa mengikuti program ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan MPP serta pelajar KKTMR keseluruhannya. Tahniah dan Semoga Berjaya...
Kem Kepimpinan & Jatidiri MPP 2012
Kem Kepimpinan & Jatidiri MPP 2012 telah dirangka oleh barisan Penyelaras MPP. Dijangka akan berlangsung pada 1 hingga 3 jun 2012 selepas tamat Exam Final. Semua barisan MPP sesi 2012 diharap bersedia dari segi fizikal dam mental. Cabaran sedang menanti anda tunggu...
Monday, 18 April 2011
Kem Generasi Gemilang Siri 1 2010
Ramai yang bertanya tentang Kem Generasi Gemilang. Kem Generasi Gemilang diadakan adalah bertujuan memberikan ruang kepada pelajar menonjolkan bakat kepimpinan di kolej. Bagi siri 1 kem ini telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong. Banyak aktiviti yang best jugak la di Kem Dusun Eco Resort ni. Kebanyakkan peserta yang pergi ke kem ini terpilih bagi menjadi fasilitator semasa MHS dan ada juga yang telah menjadi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011. Siri 2 tunggu la yer....
Wednesday, 13 April 2011
Kursus Asas Kaunseling PRS 2011
Program ini telah dirangka bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli PRS yang baru ditubuhkan di KKTMR dan apa yang penting sekali adalah ahli PRS dapat belajar tentang kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling dalam membantu rakan sebaya kelak. Pihak Unit Kaunseling & Kerjaya, KKTMR mengucapkan terima kasih kepada kedua kaunselor pelatih iaitu Cik Hayati dan En Rizal yang telah menjayakan program ini. Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
Monday, 8 November 2010
Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa 2010
Sepanjang bulan Ramadhan telah berlangsungnya Program Tadarus Al-Quran. Jadi lanjutan dari program tersebut Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa telah dianjurkan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Chembong YB Zaiful Bahri. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan KKTM Rembau dan para jemputan. Majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pengajar serta penduduk sekitar Kundur Hlilir ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang membantu dalam menjayakan majlis ini.
Bengkel Personaliti Sidek Staf Pentadbiran 2010
Pada 17 Ogos 2010 yang lalu satu bengkel IPS telah dijalankan yang melibatkan 23 orang kakitangan pentadbiran. Saya telah dibantu oleh Cik Fadhila bagi mengendalikan bengkel ini. Turut serta dalam bengkel ini ialah Tuan Pengarah En. Md Khalil Bin Mohamad serta Timb. Pengarah KP & HEP dan Timb. Pengarah HEA. Hasil inventori ini dapat membantu kakitangan bermuhasabah diri dan lebih memahami personaliti diri mereka seterusnya dapat meningkatkan potensi diri mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)