Monday, 8 November 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa 2010

Sepanjang bulan Ramadhan telah berlangsungnya Program Tadarus Al-Quran. Jadi lanjutan dari program tersebut Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa telah dianjurkan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Chembong YB Zaiful Bahri. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan KKTM Rembau dan para jemputan. Majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pengajar serta penduduk sekitar Kundur Hlilir ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang membantu dalam menjayakan majlis ini.

Bengkel Personaliti Sidek Staf Pentadbiran 2010

Pada 17 Ogos 2010 yang lalu satu bengkel IPS telah dijalankan yang melibatkan 23 orang kakitangan pentadbiran. Saya telah dibantu oleh Cik Fadhila bagi mengendalikan bengkel ini. Turut serta dalam bengkel ini ialah Tuan Pengarah En. Md Khalil Bin Mohamad serta Timb. Pengarah KP & HEP dan Timb. Pengarah HEA. Hasil inventori ini dapat membantu kakitangan bermuhasabah diri dan lebih memahami personaliti diri mereka seterusnya dapat meningkatkan potensi diri mereka.